Nasional

KPWKM perkenal PERANTIS untuk lahir lebih ramai pemimpin wanita

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memperkenalkan Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) untuk melahirkan lebih ramai pemimpin dalam kalangan wanita.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat KPWKM, PERANTIS berfungsi sebagai platform perkongsian ilmu dan kepakaran.

“PERANTIS turut dapat mengukuhkan jaringan kerjasama dalam kalangan pemimpin wanita dan pemimpin pelapis atau bakat wanita.

“Selain itu, PERANTIS juga memberi keutamaan kepada pembangunan kemahiran kepimpinan wanita dalam bidang ekonomi, politik, sosial, perundangan dan bidang-bidang profesional lain yang bersesuaian,” katanya.

Dalam pada itu, KPWKM turut mempelawa tokoh-tokoh wanita untuk membuat permohonan di laman web rasmi kementerian tersebut untuk menyertai PERANTIS.

Permohonan dan pemilihan PERANTIS adalah berdasarkan syarat-syarat asas peraturan yang telah ditetapkan oleh KPWKM.

Untuk info, pelancaran PERANTIS merupakan susulan daripada pemberian inisiatif sebanyak RM5 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkasa kepimpinan wanita sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac lalu.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close