Sebuah lori simen terbakar di Kilometer 372.1 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan Slim River, Perak pada malam Khamis.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran yang melibatkan sebuah lori kira-kira pada pukul 9.38 malam.
Menurut Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Muhammad Naim Khadir selaku Komander Operasi menyatakan kebakaran tersebut melibatkan sebuah lori yang membawa muatan simen.
“Lori tersebut mengalami kebakaran dalam anggaran kira-kira 40 peratus dan tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran ini.
“Seramai 8 orang anggota bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Slim River bergegas ke lokasi kejadian menaiki jentera FRT dan kenderaan unit MERS sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Pasukan Bomba melakukan ‘size up’ dan menggunakan aliran air dari jentera bomba bagi memadamkan kebakaran tersebut,” ujarnya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Operasi memadam api kebakaran dan membersihkan kawasan terbabit dilaporkan tamat pada pukul 11.02 malam.
Baca juga: