Mahkamah

Pengarah syarikat dihadapkan pertuduhan, beri kebenaran pernyataan palsu

Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Bangi di atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 kerana membuat kenyataan palsu.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertuduh iaitu Mohd Latip Ahmad telah membenarkan seorang setiausaha syarikat untuk membuat satu penyataan palsu berkenaan butir material di dalam Notification of Alteration Or Amendment To Constitution SNR Aircond Services & Accessories Sdn Bhd pada 30 Oktober 2019.

”Tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan.

”Hakim Effendi Nazila Abdullah telah memerintahkan jaminan sebanyak RM6,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 11 Julai bagi sebutan semula kes bagi serahan dokumen,” katanya.

Susulan itu, Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan, pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa SSM, Amir Sharifuddin Hashim manakala, tertuduh diwakili oleh peguam, Muhammad Nazmi Hanafi dari Chambers of Yusman Azlin Anwar.

Dalam pada itu, SSM memberi peringatan kepada orang awam untuk memastikan maklumat yang diserah simpan di SSM adalah tepat dan terkini.

Sebarang maklumat, laporan atau penyataan palsu akan diambil tindakan pendakwaan terhadap individu-individu yang bersalah.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close