Pasukan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) negara, berjaya melangkah masuk ke acara utama Kejohanan The International Esports Federation (IESF) World Esports Champion (WEC) Riyadh 2024 yang akan berlangsung pada November ini selepas menewaskan Indonesia di pentas akhir kelayakan IESF WEC 2024, pada Selasa.
Pasukan yang terdiri dari ROAM (IGL) Muhammad Qayyum (Yumss), GOLD Ealtond Rayner (Loleal), MID Hazziq Danish (Stormie) dan JUNGLER Muhammad Haqqullah (Sekyss) merekodkan kemenangan tanpa kalah selepas menundukkan Indonesia,1-0.
Skuad negara membuktikan kemampuan mereka apabila menang mudah ke atas lawan dalam peringkat kumpulan selepas menewaskan lawan mereka dari Indonesia, Vietnam dan Laos dalam aksi straight set 2-0 sebelum melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Pada aksi separuh akhir, pasukan negara menewaskan Kemboja dengan mata 2-1 untuk bertemu Indonesia di pentas akhir sekali gus berjaya menempah slot ke aksi Grand Final bagi kelayakan ke acara utama Kejohanan IESF WEC Riyadh 2024.
IESF WEC merupakan siri kejohanan E-sport dunia yang berlangsung di seluruh dunia.

Empat pasukan dari Kejohanan Kelayakan Asia dan Oceania, lima pasukan dari Kejohanan Kelayakan Eropah, tiga pasukan dari Kejohanan Afrika dan dua pasukan dari Kejohanan Kelayakan Amerika akan berentap di acara utama Kejohanan Dunia bagi merangkul juara.
Edisi ke-16 kejohanan itu dijadualkan berlangsung pada November ini di Arab Saudi Riyadh, Arab Saudi dengan menampilkan lima kategori permainan dan hadiah utama yang berjumlah $1,000,000 USD (RM 4,710,476.82).
Baca juga: