Nasional

Fazida Tina wakil tunggal Bomba negara ke Switzerland

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menghantar seorang wakil wanita ke Program First Component Of The International Training Cycle for The Women First Responder bagi mewakili Malaysia ke Spiez, Switzerland pada Sabtu.

Menurut JBPM, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) , Noor Fazida Tina Mohammad Noor merupakan wakil tunggal negara yang akan mengikuti kursus anjuran Organisation for the Prohibition of Chemical Weapon selepas berjaya melepasi beberapa peperiksaan khas yang disediakan.

“Dari lebih 60 pencalonan seluruh dunia, beliau telah melepasi beberapa saringan seperti peperiksaan khas dan sesi temuduga sebelum melayakkan diri ke program tersebut.

“Beliau merupakan satu-satunya wakil tunggal yang akan mewakili Malaysia ke kursus ini bersama wakil-wakil lain dari 25 buah negara yang turut terpilih menyertai acara tersebut,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Noor Fazida dilaporkan akan menjalani kursusnya yang dijadualkan selama lima hari bermula 1 Julai 2024 sehingga 5 julai 2024.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close