Oleh: Wahida Ramlan
Paris: Pemain Perseorangan Badminton Negara, Lee Zii Jia membuktikan kemampuannya selaku pemain utama negara selepas berjaya menumpaskan lawan dari India, Lakshya Sen pada aksi penentuan pingat gangsa sebentar tadi.
Set pertama menyaksikan Zii Jia kelihatan gugup dan cuba mencari rentak permainan namun gagal selepas kerap melakukan kesilapan dan memberikan kemenangan kepada Lakshya 21-13.
Meskipun ketinggalan 7-3 pada set kedua, Pemain kelahiran Kedah itu berjaya menidakkan kemaraan Lakshya dengan menyamakan kedudukan sekaligus menoktahkan kemenangan 16-21 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Set penentuan, Kemaraan Juara All England 2021 semakin sukar digugat selepas meninggalkan lawan dengan jurang mata yang jauh dan berjaya memenangi perlawanan 11-21 dalam perlawanan berdurasi 1 jam 12 minit untuk menyumbangkan pingat kedua untuk negara.
Kemenangan itu meletakkan Zii Jia selaku pemain perseorangan Malaysia yang ketiga dalam senarai pemenang pingat Olimpik, selepas Datuk Rashid Sidek yang pernah memenangi pingat gangsa Sukan Atlanta 1996 dan Datuk Wira Lee Chong Wei, yang meraih tiga perak di Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.
Baca juga: