Tiada lesen sah, DBKL sita barang niaga penjaja warga asing

Oleh: Kamilia Ali

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan sembilan tindakan sita serta merta terhadap penjaja warga asing di sekitar Jalan Jernai 1 dan 3, Medan Idaman, Gombak hari ini.

Menerusi laman Facebook DBKL, tindakan khas yang dilakukan bersama Pejabat Cawangan Wangsa Maju mendapati penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tidak mempunyai lesen sah.

“Dalam tindakan khas tersebut, sebanyak sembilan tindakan sita serta-merta telah dilaksanakan. Tindakan diambil di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Kesemua barangan yang disita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya.

Namun begitu, pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan https://adukl.dbkl.gov.my/.

Anda Mungkin Berminat