Politik

‘Seronok poligami, pergi Palestin tak berani’ – Muslimat PAS

Perwakilan Dewan Muslimat PAS, Husna Hashim dilihat menegur sikap sesetengah pewakilan parti yang lebih cakna terhadap isu poligami berbanding masalah penting lain.

Kenyataannya itu disuarakan ketika memberi ucapan usul di Muktamar Tahunan PAS ke-69 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Dalam nada serius dan bersahaja, Husna dilihat ‘garang’ menyuarakan pandangannya yang mengharapkan agar kepimpinan parti lebih memberi perhatian kepada urusan negara berbanding seronok menjadi ‘Abang Jamil’.

“Walaupun pantun ini tiada kaitan dengan usul, tapi saya rasa tidak mengapa sebab pantun poligami tadi pun tiada kaitan dengan ucapan dasar presiden.

“Pagi-pagi bercuti ke Pulau Nami, sambal makan buah kuini, seronok sangat nak berpoligami, pergi Palestin pun tak berani.

“Kalau kail Panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga, kalau nak berpoligami kena cerdik akal, jangan duk kalut tambah dua, tiga,” katanya.

Difahamkan, pantun Husna itu betujuan untuk membalas pantun yang diberikan oleh Perwakilan Wilayah sebelum itu.

Meskipun disambut dengan gelak ketawa, namun Husna tetap terus mempertahankan pendiriannya dan fokus terhadap usul yang ingin disampaikan antaranya isu kebebasan media.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close