Politik

Tun M hadir muktamar PAS ke-69

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir Muktamar PAS ke-69 yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor.

Disambut dengan laungan takbir, pertama kali dalam tempoh enam dekad, bekas Presiden UMNO yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dijemput sebagai tetamu majlis perasmian muktamar oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Dr Mahathir ditempatkan di atas pentas muktamar bagi mengikuti majlis perasmian yang turut dihadiri Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin gabungan itu.

Ketibaan Dr Mahathir yang juga pernah menerajui BERSATU dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada kira-kira jam 10 pagi.

“Selamat datang Tun Mahathir ke muktamar PAS,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang ketika itu sedang menyampaikan ucapan.

Dr Mahathir sebelum ini pernah muncul di pentas PAS pada Julai lalu ketika ceramah parti pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.

Muktamar Tahunan Pas kembali diadakan di Shah Alam selepas 10 tahun.. Kali terakhir pada November 2013 di Stadium Malawati.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close