Penutupan sementara sistem ADU@KL beri peluang versi kedua untuk diperkenalkan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat penambahbaikan terhadap Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur (ADU@KL) kepada Sistem Pengaduan Awam Kuala Lumpur (ADU@KL VERSI 2.0).

Sistem tersebut akan mula digunakan dan berkuatkuasa bermula pada 5 Mac 2024 di samping membolehkan warga kota menyalurkan maklumat merangkumi aduan, cadangan, pertanyaan dan penghargaan terhadap perkhidmatan DBKL.

Selain itu, sistem itu juga telah dibuat beberapa penambahbaikan untuk memastikan aduan dibuat oleh pengadu yang mempunyai identiti sah dan aduan yang dibuat adalah sahih.

Perkhidmatan utama sistem ADU@KL 2.0 adalah seperti Aduan Awam berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan DBKL; Aduan Integriti seperti salah laku integriti pegawai dan kakitangan DBKL dan MYOPINION memberikan cadangan, pertanyaan atau penghargaan berkaitan perkhidmatan DBKL.

Sehubungan itu, bagi memastikan proses transformasi tersebut berjalan dengan lancar, sistem ADU@KL sedia ada akan ditutup sementara waktu bermula pada pukul 8 pagi pada 1 hingga 4 Mac tahun ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat