Negeri

Lelaki warga emas ditemukan lemas selepas tiga hari hilang

Warga emas yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot di Sungai Palong, Kampung Balai Badang, Buloh Kasap, Segamat, Johor pada Jumaat ditemukan lemas pada Ahad.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Segamat, Muhd Hazim Abdul Razak berkata, mayat mangsa, Poninan Panijo, 66, ditemukan pada pukul 10.20 pagi.

“Mayatnya dijumpai kira-kira 500 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi diteruskan lagi pada hari kedua iaitu pada Sabtu dengan membuat pencarian melalui teknik ‘ARC Patern’ dalam radius selaman lebih kurang 500 meter di kawasan sekitar dengan kedalaman air sungai yang dianggarkan 20 kaki, ” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, isteri mangsa memaklumkan suaminya tidak pulang ke rumah sehingga pukul 9 pagi Sabtu selepas menaiki bot ke sungai tersebut pada pukul 4 petang Jumaat.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat melibatkan 11 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat dan BBP Bandar Baru Segamat.

Tambah beliau, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT, sebuah bot, Nissan Navara, Toyota Hilux dan sebuah kenderaan unit EMRS.

Difahamkan, operasi SAR turut disertai oleh 23 anggota PDRM sejak hari pertama mangsa dilaporkan lemas, bersama dua buah bot fiber.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close