Nasional

PDRM terima peruntukan terbesar, RM1.35 bilion bagi 12 projek pembangunan baru tahun ini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima peruntukan terbesar berjumlah RM1.35 bilion pada tahun 2024 untuk melaksanakan 12 projek pembangunan fizikal baharu, berbanding dengan tahun sebelumnya.

Menurut Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, peruntukan yang diluluskan melalui Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) berkenaan akan digunakan untuk membina Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Balai Polis.

Beliau berkata, projek tersebut termasuk pembinaan IPD, balai polis dan kuarters perumahan di beberapa negeri.

“Bagi projek pembangunan fizikal baharu untuk PDRM, sebanyak 12 projek telah diluluskan di bawah RP4 RMK12 dengan jumlah peruntukan RM1.35 bilion, yang merupakan peruntukan terbesar yang diluluskan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Projek ini melibatkan pembinaan IPD, kuarters perumahan, dan fasiliti lain seperti IPD Kemaman dan Balai Polis Kijal di Terengganu; IPD dan Balai Polis Padang Besar serta perumahan di Perlis; IPD dan Balai Polis Nabawan dan perumahan di Sabah.

“Projek lain termasuk Balai Polis Jelutong dan perumahan di Pulau Pinang, bengkel pengangkutan IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kedah, dan menara tinjau pos Batu Putih di Perlis,” katanya semasa menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan KPN Bulan Jun 2024.

Dalam masa yang sama, Razarudin turut meminta PDRM untuk menjalankan pemantauan secara menyeluruh terhadap sebarang bentuk aktiviti oleh individu atau kumpulan radikal atau pelampau agama di negara ini.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close