Nasional

Kerajaan tidak akan berundur laksana penyasaran subsidi – PM

Kerajaan tidak akan sesekali berundur meskipun berhadapan kritikan terhadap tindakan tidak popular yang dilaksanakan ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tindakan tersebut antaranya berkaitan penyasaran subsidi diesel dan pembanterasan rasuah secara tegas.

Beliau menegaskan langkah itu penting bagi mengukuhkan asas ekonomi negara memandangkan hasil negara di’sakau’ dan subsidi pula tidak disalurkan kepada golongan sasar.

Anwar juga menjelaskan, penyasaran subsidi diesel perlu memandangkan aktiviti penyeludupan bahan api itu berleluasa sejak puluhan tahun dan hasil subsidi dibeli untuk kegunaan negara lain.

Beliau juga menjelaskan kerajaan perlu istiqamah dalam keputusannnya dan akan memberikan penjelasan sewajarnya meskipun berdepan sedikit kegusaran.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close