Nasional

81.7 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk – Timbalan Menteri

Capaian liputan internet berkelajuan tinggi (5G) di kawasan berpenduduk di negara ini sudah mencapai 81.7 peratus, dengan siapnya 7,114 tapak 5G di seluruh negara setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Jelasnya, pembinaan rangkaian 5G tertumpu di kawasan bandar dengan kegiatan ekonomi tinggi, manakala peluasan ke kawasan lain termasuk luar bandar telah dimulakan dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Di Kuala Lumpur, peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk pada tahap 97.7 peratus, Putrajaya (97.3%); Selangor (96.1%); Johor (83.1%); Melaka (88.6%); Negeri Sembilan (77.5 %); Pulau Pinang (91.1%); dan Perak (79.8%),” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) yang ingin tahu perancangan kerajaan untuk membina lebih banyak pencawang bertujuan meningkatkan kadar capaian internet 5G di kawasan pedalaman dengan lebih menyeluruh.

Sementara itu, Teo berkata, liputan 5G di kawasan berpenduduk di Kedah pada tahap 80.1 peratus, Perlis (91.4%); Pahang (65.5%); Terengganu (72.7%); Kelantan (66.4%); Sabah (68.6%); Labuan (94.4%); dan Sarawak (62%).

Untuk info, SKMM turut mempunyai kaunter aduan di bangunan Parlimen untuk menerima aduan Ahli Parlimen mengenai masalah liputan internet di kawasan masing-masing.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close