Kenyataan ‘bahaya’ timbul pelbagai spekulasi, Kim Pan Gon beri penjelasan

Bekas Ketua Jurulatih Bola Sepak Negara, Kim Pan Gon mengulas mengenai kenyataan ‘bahaya’ yang dikeluarkannya pada sesi sidang media pengumuman peletakan jawatannya selaku jurulatih buat skuad Harimau Malaya pada petang Selasa lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya itu menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya yang melibatkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut Pan Gon kenyataan ‘bahaya’ tersebut berkaitan kepada taktikal dan pembangunan pasukan negara yang tidak sesuai didedahkan kepada umum.

“Ia lebih berkaitan kepada taktikal dan pembangunan pasukan, tak sesuai didedahkan.

“Saya tak pernah rasa tak selamat berada di Malaysia selama ini dan mungkin kerana penguasaan bahasa Inggeris saya yang kurang baik ia menimbulkan salah faham,” jelasnya pada pagi Rabu.

Sebelum ini, TMJ menggesa bekas jurulatih skuad Harimau Malaya itu untuk bersifat terus terang dengan menyatakan punca utama beliau meninggalkan skuad bola sepak negara.

Jelasnya, jurulatih berusia 55 tahun itu sepatutnya harus menjawab soalan wartawan dengan lebih jelas dan tidak berkias-kias seperti membuat kenyatan umum ‘bahaya’ itu ketika sesi sidang media tersebut yang menjadi tanda tanya dan mengundang pelbagai persepsi ramai pihak.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat