Negeri

Asrama SAHUT terbakar, 70 peratus musnah

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya memadamkan kebakaran asrama pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Kuala Berang, Terengganu, pada awal pagi Ahad.

Komander Operasi, Baharum Muhamad Hasim berkata, kebakaran melibatkan sebuah bilik asrama yang berkeluasan 20×20 telah musnah terbakar sehingga 70 peratus.

“Dalam kejadian itu, seramai 10 orang pelajar berjaya keluar daripada bangunan asrama dalam keadaan selamat.

“Beritndak atas maklumat pasukan bomba daripada dua buah balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dan BBP Wakaf Tapai telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik dihubungi.

“Sejumlah 15 anggota bomba telah hadir bersama dua jentera FRT, sebuah Water Tanker dan sebuah Toyota Hilux,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pasuka bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran dengan menggunakan sumber air daripada pam jentera dan operasi itu tamat pada pukul 5.46 pagi.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close