Negeri

2 lelaki melecur dalam kebakaran rumah di Rembau

Dua lelaki melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Imam Haji Ismail, Kampung Seri Kendong, Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada Isnin.

Komander Operasi, PPgB Mohd Fuad Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.50 pagi berhubung kejadian kebakaran mengakibatkan sebuah pacuan empat roda (4×4) jenis Mitsubishi Triton terbakar lima peratus dan sebuah kereta Honda Civic terbakar 30 peratus.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan melaporkan, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah berkeluasan 40×80 kaki persegi telah musnah terbakar dianggarkan sehingga 80 peratus.

“Terdapat dua orang mangsa lelaki telah mengalami kecederaan melecur. Mangsa pertama mengalami melecur di tangan 10 peratus dan mangsa kedua mengalami melecur di muka 30 peratus.

“Kedua-dua mangsa telah diberikan rawatan awal oleh anggota pasukan Unit EMRS sebelum di hantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, seramai 28 orang anggota bomba terdiri daripada tiga buah balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota, BBP Rembau dan BBP Tampin telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera FRT, sebuah jentera LFRT, sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebuah jentera Water Tanker dan sebuah kenderaan Toyota Hilux.

Ujarnya, kedua-dua mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.

Dilaporkan, api telah berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 8.23 pagi.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close