Negeri

2 maut dalam kemalangan antara motosikal dan kereta di Jalan Skudai 

Dua maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di KM 3.5 Jalan Skudai, Pantai Lido, Johor pada pukul 4 pagi hari Sabtu. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat melaporkan kedua-dua mangsa merupakan penunggang motosikal dan penumpang kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut. 

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

“Sementara itu, pemandu kereta tersebut turut mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Sultanah Aminah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. 

Raub turut menyatakan kesemua mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an.

Beliau menjelaskan kemalamgan terjadi ketika penunggang motosikal tersebut telah hilang kawalan dan terbabas. 

Disebabkan itu, kereta tersebut yang berada dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu terlanggar penunggang motosikal berkenaan. 

“Akibat dari pelanggaran tersebut, kereta tersebut telah terbabas dan melanggar penghadang jalan hingga terbalik manakala motosikal tersebut pula terbakar,” ujarnya. 

Raub turut menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu mengakibatkan kematian kerana memandu secara melulu atau membahayakan. 

Pihak polis turut menyeru orang awam yang mempunyai informasi mengenai kemalangan tersebut untuk tampil membantu siasatan di balai polis berhampiran. 

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close