Hiburan

Lady Gaga peragakan busana Rizman Ruzaini, dikecam sokong Israel

Busana yang direka oleh pereka tempatan, Rizman Ruzaini (RR) mencetuskan kontroversi apabila penyanyi terkemuka antarabangsa Lady Gaga memperagakan koleksi miliknya di persembahan Lady Gaya Jazz & Piano di Park MGM, Las Vegas, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan masyarakat tempatan, Gaga kelihatan menyarung gaun labuh ronah merah hati dengan dipenuhi perincian mewah apabila bertahtahkan ribuan batu Swarovski hasil daripada pereka fesyen tanah air itu sambil menyanyikan lagu-lagu terkenalnya.

Meskipun, pencapaian tersebut merupakan suatu yang membanggakan buat dinamik duo terbabit namun kenangan manis tersebut bertukar menjadi pahit selepas peminat tempatan mengecam dengan menekankan bahawa Gaga merupakan salah seorang penyokong tegar Israel.

Rata-rata masyarakat tempatan meluahkan rasa kecewa mereka apabila RR dianggap tidak sensitif apabila membuat keputusan untuk berkolaborasi bersama Gaga.

Pada Oktober 2023, RR pernah mencipta sejarah apabila busana mereka digayakan ketika acara Minggu Fesyen Dubai oleh supermodel legenda, Naomi Campbell.

Mereka turut berkongsi cerita di sebalik mendapatkan khidmat Campbell itu memerlukan peruntukan sebanyak RM3 juta menerusi satu temubual podcast pada 20 Mei lalu.

Mereka menerusi temubual bersama sebuah podcast turut mendedahkan membayar RM3 juta demi mendapatkan khidmat Campbell.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close