Negeri

Warga emas maut dalam kemalangan jalan raya di Johor

Satu kemalangan telah berlaku dipercayai melibatkan sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 71, Batu Pahat, Mersing, Johor pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Polis Bahrin Mohd Noh, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux hilang kawalan.

”Kenderaan itu dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 30-an bersama keluarganya dari Kluang ke Mersing.

”Akibat daripada hilang kawalan, kenderaannya telah masuk ke laluan bertentangan lalu terbalik selepas bertembung dengan kereta jenis Proton Persona,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, kereta Proton Persona terbabit dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 20-an bersama ibu dan bapanya yang datang dari arah bertentangan.

Bahrin berkata, akibat pelanggaran itu, bapa kepada pemandu Proton Persona iaitu seorang lelaki berumur 50-an mengalami kecederaan dalaman badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

”Pemandu kereta Persona tidak mengalmi sebarang kecederaan, manakala, ibunya memgalami kecederaan ringan pada muka dan badan.

”Pemandu pacuan empat roda serta penumpangnya seorang wanita warga emas dan seorang kanak-kanak turut mengalami kecederaan ringan pada muka dan badan,” jelasnya lagi.

Dilaporkan, kesemua mangsa kemalangan sedang menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang.

”Dalam pada itu, kes telah disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close