Penerjun papan anjal negara, Bertrand Rhodict Lises sudah semakin hampir dengan misi mencapai darjah kesukaran terjunan 3.7 dan 3.6 dalam memikat hati juri di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 11 Ogos ini.
Atlet terjun pertama negara yang layak ke pentas Olimpik itu sebelum ini harus melangkau dua penyertaan di siri Piala Dunia bagi memberi tumpuan penuh dalam mencapai darjah kesukaran yang dikehendaki.
Perkara tersebut penting buat penerjun berusia 19 tahun itu dalam memberi saingan kepada penerjun-penerjun yang bertanding di pentas tersebut selain dapat membantu daripada segi kutipan mata.
“Sekarang ini ikutkan yang darjah kesukaran 3.6 saya sudah capai 80 hingga 90 peratus jadi saya memerlukan sedikit lagi masa. Sama juga dengan 3.7 yang sedang saya fokuskan ketika ini, saya mengharapkan dapat mencapai 100 peratus juga.
“Harapan saya ia dapat membantu ketika acara itu nanti, ” katanya memetika laporan Bernama.
Dalam masa yang sama beliau turut mengharap segala usaha dan persiapannya menjelang Olimpik Paris 2024 dapat membantu serta mengasah kemahirannya dalam menguasai darjah kesukaran tersebut.
Ketika ini, Betrand dilaporkan sedang menjalani kem latihan di Australia dan dalam usaha menyesuaikan diri dengan zon masa di sana sebelum berlepas ke Paris sebagai pembawa Jalur Gemilang di upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.
Bertrand merupakan atlet penerjun papan anjal pertama negara yang berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi acara 10m platform selepas mengesahkan slot pada Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun tahun lepas.
Baca juga: