Sukan

BAM terima berapa jumlah kad akreditasi bagi Sukan Olimpik Paris 2024?

Bilangan kad akreditasi yang telah diterima pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi Sukan Olimpik Paris 2024 menimbulkan pelbagai tanda tanya selepas pemain perseorangan profesional negara, Goh Jin Wei dikhabarkan terbang ke Paris seorang diri tanpa kelibat jurulatihnya pada 26 Jun lalu.

Pelbagai spekulasi dan isu yang telah timbul dalam kalangan peminat-peminat sukan tempatan yang mengungkapkan ianya sebagai sesuatu yang tidak munasabah buat Jin Wei yang menginginkan jurulatihnya, Nova Armada di sisi dalam penyertaan pertama kalinya di pentas temasya tersebut.

Menurut sumber, Malaysia setakat ini menghantar kira-kira 25 atlet ke temasya itu yang dilaporkan hanya menerima kira-kira 12 kad akreditasi yang diberikan kepada pihak pegawai.

Meskipun, kuasa pengedaran kad akreditasi terletak sepenuhnya di bawah Majlis Olimpik Malaysia (MOM), namun skuad badminton negara, sukan bersama perwakilan tertinggi di Paris telah menerima kira-kira lima kad akreditasi sahaja yang akan diberikan kepada empat jurulatih utama dalam BAM termasuk jurulatih pemain perseorangan lelaki professional negara, Lee Zii Jia.

Bagaimanapun, BAM melaporkan sedang menunggu pengesahan rasmi MOM berhubung jumlah rasmi kad akreditasi yang akan diperuntukkan kepada persatuan badminton itu.

Terdahulu, Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin menjanjikan dua kad akreditasi tambahan kepada Zii Jia yang bercadang mahu membawa rakan sparring dan ahli fisioterapinya.

Dalam masa yang sama, menurut laporan Scoop, seorang pegawai dalam badan badminton negara itu, mengatakan BAM akan bertemu pegawai MOM pada 3 Julai (hari ini) bagi menentukan jumlah akreditasi yang diperuntukkan kepada mereka.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close