Jenayah

Pemain badminton negara didakwa dera anjing

Pemain badminton negara didakwa mendera haiwan peliharaannya selepas satu rakaman video yang memaparkan atlet berkenaan memukul anjingnya dengan ganas di balkoni rumahnya pada 1 Julai 2024.

Video yang dirakam oleh penyelamat haiwan bebas, Shima Aris itu dirakam bertentangan dengan rumah individu berkenaan sebelum beliau pergi menyelamatkan anjing itu.

Menurut myforeverdoggo, misi menyelamat dan berunding bersama pendera tersebut telah dilakukan secara sivil dan pihak berkenaan sudah menyerahkan anjing jenis Husky yang didera kepada pihak mereka pada Selasa.

“Mangsa, kini bernama Kitster, jelas mengalami trauma tetapi sedang diperiksa di klinik veterinar dan dijaga oleh doktor haiwan, jururawat dan penyelamat.

“Bagaimanapun, seekor anjing kedua, seekor Pomeranian, ditinggalkan bersama pendera kerana dia hanya menyerahkan Huskynya kepada penyelamat hari ini (2 Julai 2024),” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Namun,dalam masa yang sama pendera tersebut kemudiannya menuduh penyelamat tersebut dengan tuduhan “menculik” anjingnya, ketika membuat laporan polis.

Walaubagaimanapun, penyelamat tersebut diarahkan untuk mengembalikan semula Kister kepada pendera terbabit ataupun kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan sekiranya tiada kecederaan fizikal ditemui pada anjing itu, hanya pendera, sebagai pemiliknya, berhak menuntut dan membawa Kitster pulang semula.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close