Negeri

Op Lancar sempena Aidiladha dilaksana bermula Jumaat

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan akan melaksanakan Op Lancar bermula 14 Jun hingga 18 Jun sempena perayaan Hari Raya Aidiladha.

JSPT dalam satu kenyataan di Facebook memberitahu, pelaksanaan Op Lancar tersebut adalah bagi memastikan aliran trafik bergerak dengan baik sepanjang tempoh lima hari berkenaan.

“Op Lancar pada kali ini berperanan menjamin keselesaan untuk masyarakat pulang ke kampung atau menuju ke destinasi tertentu.

“Fokus Op Lancar ini adalah 17 lokasi ‘hotspot’ dalam kontinjen Negeri Sembilan merangkumi lapan daerah,” katanya.

Sehubungan itu, JSPT mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa bekerjasama, berhemah, berhati-hati dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan bagi mengelak kemalangan berlaku.

“Sentiasa utamakan keselamatan diri serta keselamatan keluarga dan ingat orang tersayang” katanya.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close