Negeri

Kanak-kanak lemas, jatuh sungai ketika main di tepi jeti

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam sungai di Jeti Kampung Dapur Arang, Gelang Patah, Johor pada petang Khamis.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Khas Untuk Penyandang (KUP), Saifulizam Salleh berkata, seramai 16 orang anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5 petang.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika saksi yang juga adik mangsa, berusia 6 tahun memberitahu kakaknya berusia 10 tahun telah terjatuh ke dalam sungai ketika bermain di tepi semasa hujan.

“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) membuat selaman pada radius 45 meter dari mangsa terjatuh.

“Pada pukul 9.07 malam, mangsa berjaya dijumpai pada jarak 5 meter dari jeti dengan kedalaman 3 meter dari dasar sungai,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa dibawa ke darat dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close