Negeri

PBAPP labur RM20.52 juta untuk kerja tambah baik perkhidmatan air di SPS

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mengumumkan pelaburan sebanyak RM20.52 juta bagi kerja-kerja menambah baik perkhidmatan air khususnya di Seberang Perai Selatan (SPS).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PBAPP, Pathmanathan Krishnan mengatakan bahawa pelaburan terhadap projek-projek tersebut dapat membekalkan tambahan lebih 10.5 juta liter air (JLH) berbanding tahun 2023.

Dalam pada itu, PBAPP juga akan memulakan dua buah projek tambahan pada tahun ini yang memfokuskan kawasan tanah tinggi dan kejiranan hujung paip agihan (HPA) di SPS.

“Projek yang pertama akan diadakan di Loji Rawatan Air Sungai Dua yang memperuntukkan modal sebanyak RM13 juta dan akan mula dilaksanakan pada bulan Julai tahun ini.

“Selain itu, projek kedua pula akan tertumpu di Loji Rawatan Air Kompak di Sungai Kerian yang akan bermula pada Disember tahun ini yang menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pathmanathan turut menyatakan bahawa PBAPP giat melakukan penambahbaikan di kawasan SPS kerana kawasan tersebut mempunyai permintaan air yang tinggi.

PBAPP turut merancang untuk memulakan operasi loji rawatan air di Sungai Kerian untuk memenuhi permintaan air sehingga tahun 2030 dengan anggaran kos sebanyan RM171 juta.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close