JenayahNegeri

Tiga lelaki cedera parah, ‘hilang’ tangan akibat perebutan kawasan dadah di Ipoh

Satu insiden pergaduhan melibatkan tiga orang lelaki warga tempatan sehingga menyebabkan kecederaan parah telah berlaku di Jalan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, ketiga-tiga mangsa berumur lingkungan 26 tahun hingga 30 tahun.

“Hasil siasatan mendapati mangsa pertama telah mengalami kecederaan hampir putus di pergelangan tangan kiri, mangsa kedua telah mengalami kecederaan putus di pergelangan tangan kiri.

“Manakala, mangsa yang ketiga telah mengalami kecederaan putus urat di tapak tangan kiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, pihak polis telah merakam percakapan kesemua mangsa dan menyatakan telah diserang oleh suspek seramai lebih kurang 20 orang lelaki warga tempatan yang bertopeng dan bersenjatakan kayu serta sebilah parang.

Beliau berkata, punca kejadian pergaduhan dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan 148 Kanun Keseksaan.

“Walaubagaimanapun, pihak polis berjaya membuat tangkapan ke atas tiga lelaki berbangsa India berumur antara 23 tahun hingga 37 tahun bagi membantu siasatan.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada 24 Jun 2024 untuk permohonan reman,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak polis sedang giat mengesan suspek-suspek yang masih bebas serta memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut, diminta tampil memberi keterangan.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close