Negeri

Dua lelaki maut selepas treler yang dinaiki terbabas di Keningau

Dua lelaki maut selepas treler yang dinaiki terbabas sendiri sebelum terbalik ke bahu jalan di Kimanis-Keningau, Papar, Sabah pada petang Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kimanis melaporkan menerima panggilan kecemasan kira-kira pada pukul 5.11 petang yang melibatkan dua mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian terbabit selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan menyatakan seramai enam anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari BBP Kimanis.

“Kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang membawa muatan jentera berat mesin berantai terbabas sendiri sebelum terbalik ke bahu jalan lalu terbalik.

“Mangsa dilaporkan tercampak sebelum tersepit dengan kenderaan yang jentera yang dibawa lalu dikeluarkan menggunakan peralatan khas oleh pasukan bomba sebelum kedua-dua mangsa tersebut disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Operasi penyelamatan dan pembersihan dilaporkan tamat sekitar pukul 7.03 malam dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close