JenayahMahkamah

Ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah,didakwa abaikan anak

Ibu bapa kepada Zayn Rayyan, yang juga suspek kepada kes pembunuhan anak autistik itu didakwa atas tuduhan mengabaikan anaknya yang menyebabkan kecederaan fizikal di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, pada Khamis.

Suspek, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abd Manaf , kedua-duanya 29 tahun, dituduh di mahkamah atas kesalahan mengabaikan arwah Zayn Rayyan dibawah Kesalahan jenayah di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak.

Bagaimanapun suspek mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang disabit dan akan dibawa masuk ke mahkamah bagi tujuan tuduhan pada Khamis.

Pada 12 jun lalu, datuk dan nenek kepada Zayn direman pada pukul 2.30 petang bagi membantu siasatan pihak polis.

Peguam kepada ibu bapa Zayn pula turut merekodkan bantahan pada hari yang sama di Mahkamah Majistret berikutan permohonan yang difailkan pihak polis bagi mendapatkan pengakuan bersalah daripada ibu Zayn dibawah Seksyen 26(1) Akta Keterangan.

Setakat 13 jun, sambungan reman terhadap ibu bapa Zayn sudah tamat. Manakala, Datuk dan nenek kepada mangsa terbabit dijangka akan dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.

Baca juga:

Related Articles

Check Also
Close